this site
Kisah Seorang Guru...
Berdebar rasa hati apabila menerima panggilan telefon daripada Pejabat Pelajaran... Pelbagai soalan bermain di fikiran, akhirnya terjawab apabila surat lantikan berada di dalam tangan... perlahan-lahan ku melihat tulisan berwarna hitam gelap yang menunjukan di mana aku akan ditempatkan.. SM. La Salle Kota Kinabalu, nama sekolah yang sangat sinonim dengan diriku... sekolah yang pelajarnya semua lelaki...Mampukah aq untuk mengharunginya....Ku berserah....
Seawal jam 6.00 am aq da tiba di sekolah tersebut untuk melapor diri... yang ada cuma pengawal sekolah, aq terpaksa menunggu sehingga jam6.30 untuk berjumpa dgn PK.1 @pun Pengetua sklh.. Tapi yg ada pada pagi itu cuma PK.1.. Selepas melapor diri aq terus di bagi kelas ganti yg kbtln pada waktu itu gurunya pergi berkursus.. kelas yg aq ganti adalah kelas pendidikan jasmani ting5..sesampainya aq di dlm kelas tersebut, ketua kelas telah memberi salam dan diikuti oleh pljr2 lain.. selepas itu tanpa meminta izin semua pelajar terus membuka baju dan seluar untuk diganti kpd pakaian sukan...Aq terkejut apabila mereka melakukan perkara itu dihadapan ku...lantas aq terus memalingan muka dan tutup mata, tanpa ku sedari seorang pelajar telah memerhati pergerakan ku, dia terus memberitahu kdp kwn2nya yg perbuatan mrka tidak sopan krn mrka menukar pakaian di hadapan guru wanita..
Hari keduanya aq berada di sekolah tue.. satu kejadian telah berlaku.... To be continued... :)
0 comments
Kisah Pemilik Hati Nurani
     Sejak kebelakangan ini perasaan ku semankin ari semankin resah, seperti ada sesuatu yang sering menggangu fikiran dan hatiku?? apakah perkara yang membuat aku tidak keruan??? hatiku sedih, kecewa dan bermacam-macam lagi perasaan yang ku alami.....YA ALLAH berikan hamba mu ini kekuatan untuk menempuhi segala dugaan yang engkau berikan.. Andai ini merupakan satu petunjuk yang benar, mengapa tidak diberikan hamba mu ini hidayah dan kekuatan YA ALLAH.. hamba mu ini tidak kuat untuk mengharunginya YA ALLAH hanya airmata menjadi peneman di kala hati ini berduka hanya doa menjadi pengubat kepada kedukaan ini..

    Semankin ku jauh darimu semankin dekat bayangan mu menghampiri ku, mengapa didamba kasih yang tidak pernah ikhlas untuk menyanggi diriku.. Jangankan bayangmu, dirimu pun aq tidak ingin untuk melihat.. Pergilah kau jauh dari hidupku... aku bosan dengan alasan-alasan mu, aku muak dengan pujuk rayu mu dan aku benci dengan kasih sayang mu!! YA ALLAH jauhkan la hati kami kerana dia tidak pantas untuk diriku dan tidak layak untuk menerima kasih sayang dariku...

    YA ALLAH jika dia bukan yang terbaik untuk ku, temukan la aku dengan seseorang yang sangat mencintai mu lebih dari dirinya mencintaiku..Ampun kan aku YA ALLAH dengan segala Khilaf ku di dunia ini, Aku banyak melakukan dosa sepanjang bersama dirinya..Berikan hamba mu ini peluang dan petunjuk serta jalan yang benar untuk aku lalui segalanya .. Andai  dia bukan tercipta untuk ku berikanla dia Kebahagiaan di dunia dan akhirat bersama orang-orang yang menyanggi dirinya. AMIN YA ALLAH...
2 comments
Adakah Kita Bertemu Dengan Orang Yang Salah?

Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..
0 comments
Kisah Sang Lelaki

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.
Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?
Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikuttrend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena rejectsaja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah.
Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another.Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.
"Merosakkan?"
Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?
Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa 'enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?
Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?
Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!
Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.
Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!
Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!
Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...
Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?
Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?
Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?
Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh. Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu. Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?" (Hadis riwayat lmam Muslim)
Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halal'kan? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.
Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.
Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"
Aku menjawab, "Ya, benar."
Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.
0 comments
Wanita Solehah

                                                                        
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.                             
Saya ada terbaca..
"3 perkara yang boleh menghancurkan umat yang paling kuat adalah zalimnya pemimpin, berpecahnya rakyat, rosaknya wanita." 
[Mustafa As Sibaei]
Hmm.. Membuat diri ini berfikir dan berfikir lagi. Benar. Begitu sekali pengaruh wanita terhadap masyarakat dunia. Merekalah yang mampu menjadi agen perubah (kebaikan maupun kehancuran) yang dapat memberi impak besar terhadap masyarakat.
Kata-kata di atas hakikatnya bukan sekadar teori, namun telah dibuktikan jua pada alam realiti.
Bak kata pepatah Inggeris pula, "Behind every great man, there is a great woman."
Jarang sekali seorang pemuda yang berjaya, baik dalam sahsiah dan akademiknya, melainkan di belakangnya seorang ibu yang penyayang, yang sentiasa memberi didikan dan sokongan.
Jarang sekali seorang tokoh masyarakat yang hebat, baik dalam apa-apa lapangan, melainkan di sisinya ada seorang isteri yang sentiasa memberi kekuatan dan inspirasi.
Ya, jarang sekali.
Kerana dalam kebiasaan, seorang lelaki dapat mejadi hebat dan sentiasa terdorong untuk mencapai cita-citanya, atas motivasi dan sumber kekuatan yang diperoleh dari seorang wanita, yang tidak jemu memberi sokongan kepadanya, dalam suka maupun duka.
Merekalah yang menjadi isteri, yakni sayap-sayap kiri bagi pemimpin-pemimpin harapan pada hari ini.
Mereka jualah ibu, sekaligus merupakan pendidik pertama dan utama kepada generasi umat masa hadapan.
Maka sungguh saya katakan pengaruh wanita amat besar terhadap dunia.
Oleh itu, sajak ini tercipta. Saya dedicate sajak ini kepada, kakak saya dan juga saudara-saudara perempuan seIslam semua..
Dan kepada ibu, thanks for everything.. Can never repay you.
Moga-moga mesej yang disampaikan dapat mencetus aspirasi kepada semua. Amin.
Pelihara Dirimu
Pelihara dirimu,
Wahai mawar berduri.
Dirimu suci,
Seindah perhiasan diberi.
Jangan pula kau cemari diri,
Dek hitam debu duniawi.
Datangnya Islam mengangkat martabatmu,
Terciptanya syariat demi memelihara dirimu,
Sayangi dirimu,
Dan ketahuilah, Allah jua amat kasih padamu.
Oh mawar berduri,
Pelihara peribadi,
Hargai maruah diri,
Dan dirimu akan menjadi penyeri,
Keindahanmu mampu mengatasi segala perhiasan duniawi.
Jangan sesekali kau goncang iman sang lelaki dengan lirik manjamu,
Sebaliknya, kau goncanglah dunia dengan keteguhan imanmu!
*****
Sumber Rujukan/Ilham:
1. Hanyasanya engkau, wanita solehah;
"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah."
[HR. Muslim]
2. Pelihara Maruahmu;
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, "Hendaklah mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, ... "
[Surah An-Nur (24): 31]
Jumhur ulamak berpendapat (berdasarkan hadis-hadis) bahawa yang 'biasa tampak darinya' dimaksudkan dengan muka dan telapak tangan.
3. Tabarruj? Engkau tidak perlukannya...
"... janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah..."
[Surah Al-Ahzab: 33]
4. Contohi mereka, tidak perlu kau lunak-lunakkan suaramu;
"Wahai istri-istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik."
[Surah Al-Ahzab (33): 32]
5. Jangan jadi fitnah bagi kami!
"Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita"
[HR. Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah]
Wahai muslimah, pelihara dirimu jua ketika berada di alam maya (jangan terlalu mesra dengan bukan mahram..). 'Dunia tanpa batasan' katanya? Sedangkan batas-batas pergaulan dalam Islam itu perlu sentiasa dijaga.
** Kalaulah para muslimah solehah itu tahu, betapa diri mereka mampu menggoncang hebat iman sang lelaki...
0 comments

Aurat Ku..

Hayati Nikmat ALLAH..

Mari Lafazkan..


Peringatan untuk ku..

Biar Nafsu Sunyi Tanpa Godaan, Biar Kaki Sunyi Tanpa Berjalan, Tapi Jangan Biarkan Akal Sunyi Tanpa Ilmu Dan Jangan Biar Hati Sunyi Tanpa Cinta Kepada ALLAH S.W.T

Hari Semankin Hampir Menemui mu YA ALLAH..

Powered by Blogger.

Man Ana

My Photo
Fithree Aniey
Diri kita umpama intan berlian, lagi dijaga dan disimpan rapi, lagi tinggi nilainya dan lagi mahal harganya. jangan biarkan diri kita seperti makanan yang dijual di tepi-tepi jalanan, terdedah dan dipegang, akhirnya menjadi rosak dan basi, peliharalah aurat mu dan maruah dirimu
View my complete profile

Masa Terus Berlalu

Jom Sembang

Followers

Tenteramkan Jiwa

Jom Solat